“Sedekah, Solat Semua Saya Buat Kenapa Tak Tularkan?” – Kak KM Dedah Produk Makin Laris Walaupun Teruk Dikecam

Kehidupan

“Sedekah, Solat Semua Saya Buat Kenapa Tak Tularkan?” – Kak KM Dedah Produk Makin Laris Walaupun Teruk Dikecam

Beberapa hari yang lalu, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli teruk dikecam netizen susulan ada dakwaan mengatakan dirinya percaya ‘feng shui’ yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam.

Menjawab mengenai dakwaan tersebut, Kak KM berkata dirinya difitnah dan video tersebut telah diputar-belitkan.

Advertisement

Katanya, dia masih waras dan mempunyai pegangan agama yang kuat untuk tidak membuat hal-hal yang didakwa sesetengah netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Saya tak sejahil itu untuk perlekehkan agama. Cumanya, selama ini saya saja tak nak tunjuk perkara dan amalan dibuat. Sedekah, sembahyang semua saya buat. Kenapa tak nak tularkan?

Bahkan, usahawan tersebut berkata dirinya masih berpegang pada ajaran Islam dan percaya Allah Yang Satu.

Menjawab tentang kempen yang dijalankan oleh netizen untuk memboikot produknya, Kak KM percaya pada rezeki Allah SWT beri padanya.

Malah mendedahkan perniagaannya semakin laris biarpun dikecam hebat oleh warganet.

kak km
6 months ago

"Kau Sebenarnya Ada Penyakit Iri Hati!" - Dikecam Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM Bidas Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...