Netizen Berang, Puak Jual Produk Krim Timbang Kilo Claim Produk Mereka Boleh Sembuhkan Penyakit COVID-19

Trending

Netizen Berang, Puak Jual Produk Krim Timbang Kilo Claim Produk Mereka Boleh Sembuhkan Penyakit COVID-19

Para doktor dan petugas kesihatan lain kini seperti berperang mengubati pesakit COVID-19. Para saintis pula masih bertungkus-lumus mencari vaksin yang boleh melawan virus ini. Menurut laporan sebelum ini, saintis China ada menjangkakan bahawa vaksin tersebut mungkin akan tersedia pada bulan April. Tetapi sehingga kini masih tiada berita lanjut mengenai perkara tersebut.

aliff aziz menangis
22 mins ago

“Sumpah You Don’t Love Me Anymore?” - Tular Video Rakaman ‘Voice Note’ Aliff Aziz Merayu Pada Sarah Yasmine

Advertisement

Namun baru-baru ini terdapat satu perkongsian yang dibuat oleh salah seorang pengguna Facebook. Perkongsian tersebut telah di muat naik bersama luahan rasa tidak puas hati dan beberapa keping gambar yang telah di screen shot terhadap ‘puak’ penjual produk krim timbang kilo.

Menurut perkongsian itu terdapat beberapa individu telah mendakwa bahawa produk jualan mereka mampu menyembuhkan pesakit yang telah dijangkiti virus ini selama 8 hari sahaja. Mereka juga ada menyatakan bahawa 2 orang pesakit COVID-19 telah berjaya sembuh selepas mencuba produk jualan mereka.

 

Kenyataan yang diberikan

Mereka juga ada memaklumkan bahawa produk mereka kaya dengan vitamin C tertinggi di dunia dan mampu menguatkan sistem imun dalam badan manusia.

Kenyataan penjual produk timbang kilo

Ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan golongan yang hanya mengambil kesempatan diatas kebimbangan yang sedang rakyat negara kita hadapi ini.

Antara komen netizen

Sikap tidak bertanggungjawab para penjual ini nyata membuatkan ramai netizen berang. Risau sekiranya penyakit lain yang timbul atas promosi tidak sensitif mereka ini.

Senangnya buat duit atas kebimbangan orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...