Nelydia Senrose Sah Sudah Putus Cinta Dengan Qi Razali

Hiburan

Nelydia Senrose Sah Sudah Putus Cinta Dengan Qi Razali

Perselisihan faham serta luahan di media sosial  sebelum ini, memberikan sedikit gambaran bahawa hubungan Nelydia Senrose dan Qi Razali sedang bermasalah. Walaubagaimanapun, kedua-duanya menafikan perkara tersebut dan mengatakan mereka masih lagi berbaik seperti biasa.

Advertisement

Namun, Nelydia akhirnya telah mendedahkan cerita sebenar  di portal Kosmo! mengenai percintaan beliau bersama Qi. Meskipun, berita mereka sedang membuat perancangan perkahwinan sudah diketahui umum, Nelydia  memberitahu sebenarnya tiada apa-apa lagi rencana yang dilakukan ke arah perkahwinan.

Malah, aktres itu mengesahkan beliau dan Qi sudah pun membawa haluan masing-masing dan kini lebih selesa untuk hidup secara solo.

Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi.

Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu.

Ditanya mengenai punca mereka berpisah selepas tiga tahun menyulam cinta, Nelydia membuat keputusan untuk tidak menceritakan hal tersebut tetapi beliau juga tidak menolak jodoh seandainya mereka sudah ditakdirkan bersama satu hari nanti.

Kalau sudah jodoh dengan dia, saya terima ketentuan yang sudah tertulis, cuma sekarang, saya lebih selesa bersendirian memandangkan saya masih muda dan banyak lagi impian yang belum terlaksana.

Cinta tidak semestinya memiliki, keputusan untuk berpisah mungkin jalan yang terbaik buat Nelydia dan Qi kerana di usia Nelydia yang masih muda tentu sekali  banyak lagi cita-cita dan impian beliau yang belum tercapai. Apa-apa pun, semoga kedua-duanya dapat menghadapi perpisah ini dengan penuh ketabahan di hati, bukan mudah untuk lepaskan orang yang kita sayang bertahun lamanya.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...