Kisah cinta Nelydia Senrose dan Qi Razali sudah pun putus di tengah jalan lebih daripada sebulan yang lepas. Namun, ada peminat yang mendakwa mereka sudah kembali menyulam cinta selepas melihat mereka berdua meluangkan masa bersama.
Tidak mahu terus di gosip, Nely mengakui beliau dan Qi ada berjumpa tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan. Nely juga menjelaskan beliau tidak mahu bermasam muka dengan Qi dan menjaga hubungan mereka meskipun sudah putus cinta.
Seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ini, walaupun kami tidak lagi bercinta, tapi kami masih berkawan dan tidak ada istilah bermusuh atau bermasam muka. Kami masih boleh berjumpa, cuma masing-masing tahu batas sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.
Apabila hubungan kami terputus di tengah jalan, memang saya agak kesal, namun saya percaya kalau tidak ada jodoh, macam mana kita terus cuba pun tidak akan menjadi begitu juga sebaliknya.
Merencana untuk masa depan yang lebih terjamin, Nely mahu melanjutkan pelajaran beliau dalam bidang psikologi di London tidak lama lagi.
Memang saya ada perancangan untuk menyambung pengajian tapi semuanya masih belum ditetapkan. Dalam usia yang muda inilah seharusnya saya manfaatkan masa yang ada dengan menuntut ilmu untuk lebih berkembang dengan perkara-perkara baharu.
Saya mahu ambil kursus pendek selama enam bulan dalam jurusan Psikologi dan setakat ini saya sudah mengkaji beberapa universiti di London.
Tapi perancangan itu sedikit terganggu dengan masalah nilai mata wang negara yang semakin merosot, jadi saya masih menanti waktu yang tepat untuk benar-benar membuat keputusan melanjutkan pengajian.
Kata orang buat apa toleh lagi ke belakang dan mengenangkan kisah cinta lalu, teruskan kehidupan dan cuba untuk melakukan perkara yang anda impikan. Cinta itu sudah tertulis untu setiap manusia dan satu hari ia pasti akan hadir jua.