October 10th, 2015

Rasanya semua dah tahu percintaan antara Nelydia Senrose dan Qi Razali sudah berakhir setelah bertahun menyulam cinta.  Mengakui ia satu berita yang mengejutkan peminat mereka, Nelydia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan punca sebenar mereka berpisah dan menjelaskan mereka akan tetap berkawan baik.

Kami berdua ingin fokus kepada kerjaya masing-masing dan perpisahan ini bukan bererti kami bermusuh dan masih berkawan. Apa pun sebab kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami berdua kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut.

Meskipun tidak menolak jodoh sekiranya mereka ditakdirkan untuk bersama sekali lagi tetapi Nelydia pada masa yang sama memberitahu pengalaman lalu mengajar beliau untuk tidak terlalu terbuka dalam menceritakan kisah peribadinya sehingga ia menimbulkan spekulasi tidak benar.

Bercerita salah, sorok pun salah tetapi saya fikir pada masa hadapan cukuplah benda-benda peribadi hanya untuk pengetahuan diri sendiri. Bukan apa bila terlalu banyak didedahkan kepada umum ia banyak menimbulkan spekulasi dan kebanyakan daripadanya tidak tepat.

Jangan jadikan hal putus cinta ini sebagai penghalang untuk berjaya di masa hadapan dan mencapai  segala impian. Kata orang kalau kita sayang orang tu cuba kita lepaskan dia seketika, bila dia datang cari kita balik maka dia ikhlas menyayangi kita seadanya.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...