Nelayan Dilapor Hilang Di Sungai Nipah Ditemui Mati Lemas

Trending

Nelayan Dilapor Hilang Di Sungai Nipah Ditemui Mati Lemas

Semalam, seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai telah terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar di Sabak Bernam. Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa yang berusia 38 tahun hilang dan belum ditemui.

Sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang.

Advertisement

1 bulan lalu

Misteri Kehilangan Wanita Terjun Dalam Sungai Perak Terjawab

Sehubungan dengan itu, operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan dengan kerjasama Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Namun, anggota penyelamat bagaimanapun belum berjaya mengesan mangsa dan operasi disambung semula hari ini. Kejadian tersebut disahkan sebagai kes yang disiasat sebagai orang hilang.

Nelayan yang hilang selepas jatuh ketika cuci muka ditemui lemas

Menurut laporan KOSMO, misteri seorang nelayan yang dilaporkan hilang semalam selepas terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar di Sabak Bernam kini terungkai apabila mayatnya ditemui malam tadi.

Advertisement

Memetik kata-kata daripada Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor, mayat nelayan lelaki berusia 38 tahun tersebut ditemui pihak bomba dan orang awam pukul 11.45 malam.

Mayat tersebut ditemui terapung di permukaan air pada jarak kira-kira tiga meter dari kawasan mangsa jatuh.

Nelayan Lemas

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan anggota bomba semalam – Sumber KOSMO

Mangsa dipercayai terjatuh di kedalaman dua meter sebelum ditemui di sekitar kawasan tersebut. Kini, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Tambah Hafisham Mohd. Noor, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa telah melibatkan 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...