Misteri Kehilangan Wanita Terjun Dalam Sungai Perak Terjawab

Trending

Misteri Kehilangan Wanita Terjun Dalam Sungai Perak Terjawab

Pagi tadi, penulis ada kongsikan tentang seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang selepas dipercayai telah terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di Teluk Intan kelmarin.

Perkara tersebut terbongkar apabila kereta wanita itu ditemui berdekatan lokasi kejadian pada pukul 4.30 petang oleh suaminya sendiri. Suami wanita tersebut mengesyaki yang isterinya telah terjun dalam Sungai Perak selepas dia menyedari isterinya tiada di rumah pada pukul 9 pagi hari yang sama.

Advertisement

Wanita Alami Masalah Kemurungan
1 bulan lalu

Wanita Terjun Sungai Perak Akibat Masalah Kemurungan

Lelaki itu cuba menghubungi isterinya namun panggilan telefon tidak dijawab. Pihak polis juga dimaklumkan oleh si suami yang isterinya mengalami masalah kemurungan dan enggan bercakap sejak seminggu lalu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa mula digerakkan pada pukul 8 pagi semalam di Sungai Perak membabitkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Ang­katan Pertahanan Awam.

Mayat mangsa terjun ke dalam Sungai Perak ditemui lemas oleh anggota penyelamat

Menurut laporan KOSMO, mayat seorang wanita berusia 49 tahun yang lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di Teluk Intan ditemui malam tadi.

Advertisement

Mangsa dijumpai kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, operasi mencari mangsa yang dilakukan sejak pagi semalam diteruskan hingga malam.

Tambah jurucakap tersebut, pencarian dilakukan pada kawasan permukaan menggunakan sebuah bot dengan jarak radius 100 meter dari tempat mangsa dipercayai lemas.

Wanita terjun dalam Sungai Perak

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas di Sungai Perak dekat Teluk Intan malam tadi – Sumber KOSMO

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis mencari seorang wanita yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak dekat Jeti Durian Sebatang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...