Wanita Terjun Sungai Perak Akibat Masalah Kemurungan

Trending

Wanita Terjun Sungai Perak Akibat Masalah Kemurungan

Anda pernah alami masalah kemurungan? Masalah kemurungan bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi kita kerana kita sering sahaja dengar tentang individu yang mengalami masalah ini. Malah, pastinya ada yang mengalami sendiri masalah ini.

Lebih menyedihkan, pernah juga kita dengar dan lihat berita tentang individu yang sampai sanggup membunuh diri sendiri kerana terlalu murung, sudah tidak mampu mengawal kemurungan dan sudah berputus asa untuk hidup.

Advertisement

5 bulan lalu

Lelaki Terjun Dari Tingkat 10, Murung Kerana Perniagaan ‘Bungkus’

Menurut pandangan saintifik, masalah kemurungan ini adalah sejenis gangguan mental paling lazim di dunia. Di Malaysia sahaja, kira-kira 2.3 juta orang mengalami masalah kemurungan dan ia sedikit sebanyak agak membimbangkan kita.

Kebiasaannya, masalah kemurungan ini bermula pada zaman dewasa namun ianya boleh juga berlaku ketika masih di usia remaja dan kanak-kanak. Masalah kemurungan ini boleh berpunca daripada gabungan faktor genetik, biologi, persekitaran dan psikologi.

Wanita alami masalah kemurungan dilaporkan hilang

Menurut laporan KOSMO, seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang kelmarin selepas dipercayai telah terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di Teluk Intan.

Advertisement

Perkara itu terbongkar apabila kereta wanita tersebut ditemui berdekatan lokasi kejadian pada pukul 4.30 petang. Pihak polis telah menerima maklumat tentang kejadian tersebut daripada suami mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suami wanita tersebut yang berusia 55 tahun itu mengesyaki yang isterinya telah terjun ke dalam Sungai Perak.

Berdasarkan maklumat suami­ mangsa, isterinya yang berusia 49 tahun disedari hilang selepas tiada di rumah pada pukul 9 pagi hari yang sama.

Lelaki itu cuba meng­hubungi isterinya, namun panggilan te­lefon tidak dijawab. Suami mang­sa kemudian menjumpai kereta jenis Nissan Almera milik isterinya yang di­tinggalkan di tepi Sungai Perak.

Masalah Kemurungan

Pasukan penyelamat ketika sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat – Sumber KOSMO

suami wanita tersebut membuka kereta­ menggunakan kunci pendua dan menjumpai kad pengenalan serta dompet milik isterinya.

Tambah Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, suami mangsa mengesyaki isterinya telah terjun ke dalam Sungai Perak sebelum membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Pihak polis juga dimaklumkan oleh si suami yang isterinya mengalami masalah kemurungan dan enggan bercakap sejak seminggu lalu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa mula digerakkan pada pukul 8 pagi semalam di Sungai Perak membabitkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Ang­katan Pertahanan Awam.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...