“Negatif Sungguh You Ni” – Senaraikan Nama Yang Ambil Berat Ketika Kena COVID, Netizen Anggap Fasha Sandha ‘Overreact’

Hiburan

“Negatif Sungguh You Ni” – Senaraikan Nama Yang Ambil Berat Ketika Kena COVID, Netizen Anggap Fasha Sandha ‘Overreact’

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa sedih apabila dirinya terkena jangkitan COVID-19 dan disebabkan itu, dia tidak dapat menyambut raya pertama seperti biasa.

Sudah sembuh dari COVID-19

Terbaru, melalui perkongsiaan Fasha di laman Instagramnya, dia memaklumkan kini sudah pun sembuh sepenuhnya dari wabak tersebut dan boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Advertisement

Malah, dia turut sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat sewaktu dirinya terkena jangkitan COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Senaraikan nama ahli keluarga yang hubunginya

Bahkan, dapat dilihat dalam kapsyen hantaran yang dimuat naik, pelakon terbabit menyenarikan beberapa nama ahli keluarga yang menghubunginya ketika sedang sakit.

Susulan tindakan sedemikian, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan warganet dan menganggap aktres terbabit terlalu ‘over’ hingga perlu membuat senarai nama seperti itu.

komen

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang menasihati Fasha untuk menjaga hati ahli keluarga yang lain, di mana besar kemungkinan mereka tidak sempat untuk menghubunginya atas sebab-sebab tertentu.

Terdahulu, salah seorang ahli keluarga Aidil Aziz menyindir Fasha selepas dia berkata dirinya dijangkiti COVID-19 sewaktu beraya di Rembau, Negeri Sembilan.

fasha sandha mengamuk
2 weeks ago

"Nampak Soft Je, Sekali Keluar Ayat Rempit Takde Class" - Didakwa Tak Jaga Hati Mentua, Netizen Kritik Fasha Sandha Mengamuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...