“Nampak Soft Je, Sekali Keluar Ayat Rempit Takde Class” – Didakwa Tak Jaga Hati Mentua, Netizen Kritik Fasha Sandha Mengamuk

Hiburan

“Nampak Soft Je, Sekali Keluar Ayat Rempit Takde Class” – Didakwa Tak Jaga Hati Mentua, Netizen Kritik Fasha Sandha Mengamuk

Baru-baru ini, video dimuat naik oleh Fasha Sandha tentang dirinya dijangkiti Covid-19 menjadi bahan jenaka sesetengah netizen di Twitter.

fasha sandha
2 months ago

Fasha Sandha Kongsi Cerita Ibu Paksa Jadi Pelakon - "Saya Pernah Kena Pukul Dalam Toilet Sebab Taknak Pergi Audition"

Advertisement

 

Eh, sempat pula stop nangis nak cari button stop

Kata netizen, Fasha seperti beria-ia menangis sedangkan Covid-19 sudah lama wujud bahkan ada yang membandingkan ketika dia cedera di bahagian mata dahulu.

Masa mata dia terhantuk tepi bucu katil sampai lebam tu pun tak nangis meracau macam ni.

Netizen mentertawakan Fasha yang dikatakan menangis hanya untuk content kerana di akhir video dia didakwa berhenti meraung untuk menekan butang ‘stop’ pada kamera.

 

Tak jadi hati mentua

Sementara itu, seorang wanita dipercayai ahli keluarga suaminya, Aidil Aziz sempat menyindir Fasha selepas aktres tersebut berkata dirinya dijangkiti Covid-19 ketika beraya di Rembau, Negeri Sembilan.

Kata individu bernama Ayu itu, kenyataan Fasha seolah-olah tidak menjaga hati keluarga mentuanya.

Orang Rembau yang kena tuduh bawa penyakit kat dia. Sikit jaga hati mentua pun takde. Kau yang entah mana mana pergi shooting, pastu bawa balik penyakit.

 

Mengamuk, tapi dikritik netizen

Fasha dilihat tidak berdiam diri dan menyelat kenyataan wanita berkenaan serta turut menggelarnya ‘bodoh’ kerana tidak faham perasaan seorang ibu.

Malah, Fasha turut menegaskan bahawa orang Rembau tidak terasa hati dengan kenyataannya sebelum ini tetapi sebaliknya penduduk di sana yang beraya dalam keadaan tidak sihat sahaja yang patut terasa.

Aktres tersebut turut memuat naik gambar perkahwinan wanita itu namun suaminya menerusi Twitter berkata dia dan keluarganya dalam keadaan baik sahaja.

komen

Dalam pada itu, segelintir netizen mengkritik Fasha kerana dikatakan ‘tidak rilek’ dan tidak menyangka aktres yang selama ini terkenal dengan imej sopan rupanya kasar orangnya.

komen

Menerusi perkongsian terbaru daripada Fasha di Instagram story, dia memaklumkan sudah dapat kembali deria rasanya pada hari ini selepas beberapa hari dijangkiti virus tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...