Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima mengakui dia tidak mahu terlalu mengambil kisah mengenai segelintir netizen yang sentiasa menjadikan dirinya sebagai bahan kecaman.
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata dia tidak tahu mengapa setiap perbuatan yang dimuat naik di media sosial sama ada baik atau buruk tetap akan dikecaman.
Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Buatlah apa saja, kalau saya manja dengan kucing pun tetap kena kecam.
Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, kecaman adalah suatu perkara yang sudah biasa pada zaman sekarang, oleh itu dia tidak kisah dengan apa yang hendak dikatakan tentang dirinya dan mahu menjadi diri sendiri di media sosial.
Bukan saya sorang saja kena macam tu. Neelofa yang bertutup litup pun tetap kena kecam.
Tak kisahlah nak cakap apa, saya buat tak tahu saja. Saya menari dan menyanyi seperti biasa.
Dalam pada itu, Shima memaklumkan dia hanya akan melakukan apa yang menyenangkan dirinya dan peminat setia sahaja.
Kalau menghiburkan orang pun satu kesalahan dan terus dikecam, saya tak boleh ambil kisah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.