“Siapa Afifah Ni Sayang?” – Ditanya Soalan ‘Cepumas’, Netizen Terhibur Tengok Neelofa & Haris Tergagap

Hiburan

“Siapa Afifah Ni Sayang?” – Ditanya Soalan ‘Cepumas’, Netizen Terhibur Tengok Neelofa & Haris Tergagap

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah mengadakan sesi jualan akhir tahun 12.12 Innai NunHa menerusi ‘Live’ di laman TikTok.

Menerusi rakaman ‘Live‘ tersebut, peminat dilihat sempat bertanyakan soalan kepada PU Riz mengenai Ustazah Afifah.

Advertisement

Susulan itu, bekas pengacara MeleTop itu terus berpaling pada suaminya dengan memberi jelingan dan bertanya siapakah individu berkenaan.

Ada orang tanya “Ustaz jangan cari Ustazah Afifah pulak”. Siapa Afifah ni sayang?

Tampil menjawab soalan, PU Riz terus menafikan dan menegaskan bahawa dia tidak mengenali individu tersebut.

Eh kita pulak, you jangan eh, tiba-tiba nak bawak masuk campur entah siapa-siapa ni.

Bukan itu sahaja, Neelofa turut bertanyakan sama ada individu tersebut merupakan kenalan Haris semasa di Universiti dahulu.

Tak ada, saya tak pernah kenal nama Afifah..

@lofa.world

dia tengok suami dia tu macam nk terkam dah? #Neelofa #HarisIsmail #HarisNeelofa #FYP #fyp? #InnaiNunHa

? original sound – lofa.world – lofa.world

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila rata-ratanya terhibur melihat kedua pasangan selebriti itu tergagap semasa menjawab soalan berkenaan.

Sehingga kini, perkongsian video rakaman ‘Live’ itu telah meraih 1.2M tontonan, 54K tanda suka, 856 komen, dan 883 kongsi di laman TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Peserta Berbakat Dikata Bingit, Netizen Tak Setuju Dengan Kelly Azman - "Kalau Jantan Helok Laju Je Tekan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...