Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Dan Suami Didakwa Merentas Negeri Sekali Lagi?

neelofa pu riz

Pengacara popular, Neelofa sekali lagi mencetuskan isu sensasi yang membuatkan warganet berdebat di media sosial apabila beliau didakwa sekali lagi merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

BACA: Majlis Nikah Dan Rentas Negeri Langgar SOP, Neelofa Dan Keluarga Dikenakan Kompaun RM60,000

Advertisement

Baru-baru ini, Neelofa ada memuatnaikan video di Insta Story nya yang menunjukkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3, sebelum dipadam oleh Neelofa.

Bekas pengacara MeleTop itu sekali lagi mengundang perkara sensasi dikalangan warganet dengan bertindak merentas negeri ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

pu riz neelofa

Neelofa dan suami sekali lagi mencetuskan isu sensasi apabila didakwa merentas negeri.

Hampir kesemua pengguna media sosial berasa marah dan bengang dengan tindakan merentas negeri yang dibuat oleh Neelofa dan suami, meskipun kedua-duanya sudah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di majlis perkahwinannya pada 27 Mac yang lalu.

Salah satu komen netizen di Twitter, mengatakan dirinya terlihat Neelofa dan Pu Riz memang berada di Nilai 3, secara tidak langsung telahpun melanggar arahan merentas negeri.

Hahahahaha, officemate (rakan pejabat) aku nampak diaorang tadi dekat Nilai 3. Mamber (kawan) aku send (kirim) gambar tadi dekat group, habis semua tadi was was akan pahala puasa memasing. Semua sebab Lofa.

Didalam video yang telah dipadam oleh Neelofa itu, dia sedang rancak berborak dengan peniaga karpet yang memberitahu beberapa lokasi cawangan yang lain.

Menurut apa yang diperkatakan oleh peniaga karpet di dalam video tersebut, cawangannya bukan hanya berada di Kuala Lumpur dan Johor malah turut berada di Brunei juga.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. LOPAK

    May 4, 2021 at 8:53 am

    HEEEE, IATAH CONTOH KMU NE. BAIKLAH

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama