Selepas berminggu siasatan mengenai isu majlis pernikahan Neelofa dan Muhammad Haris yang dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan isu rentas negeri ke Langkawi, akhirnya keputusan akhir telah dikeluarkan.
Menurut laporan Astro Awani, pasangan pengantin dan juga ahli keluarga mereka tidak terlepas daripada dikenakan kompaun.
View this post on Instagram
Neelofa perlu membayar sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan tersebut manakala PU Riz pula hanya sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika merentas negeri. Malah tiada diskaun yang akan diberikan kepada kedua mereka.
Bagi pihak keluarga selebriti itu pula, seramai 20 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah berlangsung.
Semoga jadi pengajaran buat semua.
Anonymous
April 27, 2021 at 4:38 pm
you are a business woman and public figure, we expect you to show good example
Anonymous
April 27, 2021 at 3:46 pm
2 kesalahan..plus ramai giler ahli kluarga..tak kan la 60k je..tak masuk akal ni..ikut la bilangan tetamu tu, sorang 10k..baru berakai sikit…
Tittok
April 27, 2021 at 3:09 pm
Penjual burger di Kelantan kena denda rm50,000 kerana melebihi waktu menjual.
Anonymous
April 27, 2021 at 2:47 pm
No problem. They can afford it. Apa ada hal. Patut kompaun the wedding planner sekali. Sbb konsep from dia.