Pelakon dan juga usahawan, Neelofa mengakui emosinya terjejas dan berasa tertekan dengan perkembangan isu semasa terutamanya situasi yang melibatkan rakyat Palestin pada ketika ini.
Berikutan itu, Neelofa memilih untuk menyebarkan kesedaran dengan memuat naik kandungan media sosial yang tidak menunjukkan keperitan serta kesakitan yang ditanggung penduduk akibat kekejaman rejim Zionis.
View this post on Instagram
Sekarang saya lebih kepada berkongsi kandungna pendidikan untuk suntik kesedaran kekejaman dilakukan zionis. Sebab tekanan isu semasa yang berlaku di Palestin memberi kesan kepada bekalan susu saya.
Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya.
Tambah Neelofa lagi, setiap wanita yang berstatus ibu perlu menitikberatkan kesihatan diri demi kebaikan anak-anak.
Jadi, ibu-ibu di luar sana, kalau mahu sokong atau sebarkan kesedaran haruslah fikir tentang anak yang menyusu terlebih dahulu.f
Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tetapi pilih kandungan yang tidak beri kesan emosi yang kejam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.