Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nedim Bukan Pengurus Baharu Saya – Nora Danish

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan telah melaporkan bahawa aktres Nora Danish telah memecat pengurusnya tanpa notis 24 jam dan telah melantik kekasihnya, Nedim Nazri sebagai pegurus serta pembantu peribadinya yang baharu. Tindakan Nora untuk melantik Nedim sebagai pengurus adalah kerana bapa Nedim tidak lagi membantu anaknya itu dari segi kewangan atas beberapa isu sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Nora menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi telah menafikan perkara tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepada itu sama sekali tidak berasas. Berikut adalah kenyataan Nora di Instagram:-

Advertisement

Dakwaan yang tak berasas.  Siapa yang saya berhentikan Itu Hak saya sebagai boss. Ibarat Saya berhentikan pekerja di Cafe Saya takkan tu pun nak buat story?  Berkenaan Nedim Nazri sebagai pengurus? Itu paling kelakar , dari bodyguard now pengurus pulak?  Dia seorang businessman yg dihormati, sila Semak status seseorg  Sebelum nak tulis story ok.

Menjatuhkan reputasi seseorg dgn fakta yg tidak berasas adalah Salah sama sekali.  Malah Saya tidak menerima panggilan daripada mana mana reporters atau pun ‘Cik pang’ sendiri.  Cik pang lain kali call dulu k, Nanti kena pelempang pulak. Keluarga Nedim adalah golongan yang dihormati , Jangan babit kan nama mereka. Harap maklum.

Diharap dengan penjelasan ini tiada lagi pihak yang akan membuat spekulasi mereka sendiri. Tentu ada sebab mengapa Nora Danish memberhentikan khidmat pengurusnya itu.

Sumber Berita: Instagram Nora Danish

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top