May 31st, 2015

Pelakon Nor Danish khabarnya telah memecat pengurus yang juga merupakan pembantu peribadinya menerusi khidmat pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp tanpa notis 24 jam.

Berita tersebut dilaporkan menerusi ruangan Cik Pang Metro Ahad harini, dimana Nora telah melantik kekasihnya, Nedim Nazri sebagai pengurus dan pembantu peribadinya yang baharu.

Lebih panas lagi, Nora dikatakan terpaksa menanggung kekasihnya itu selepas bapa Nedim tidak lagi membantu beliau dai segi kewangan selepas berdepan dengan beberapa isu yang membabitkan bapanya itu tidak lama dahulu.

Nora juga turut didakwa menjadi pak turut apa saja kehendak dan kemampuan teman lelakinya, sehingga kalau Nora terpaksa ke mana-mana acara, bukan teman lelakinya itu yang membantu, sebaliknya Nora terpaksa melakukan sendiri perkara tersebut.

Perkara ini jelas mengejutkan, sebelum ini Nora Danish tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas pengurusnya itu. Mungkin pihak Nora harus tampil dan menjelaskan perkara ini agar tiada spekulasi liar tercetus nanti.

Sumber Berita: Harian Metro

 


Comments are closed.

Loading...