Tidak dapat kami sangkal lagi berita tentang keadaan kesihatan Nazim Othman yang dikatakan sedang bergelut dengan penyakit barah otak telah membuat peminat terkejut. Ini kerana, aktor tersebut tidak pernah dikhabarkan mempunyai penyakit yang serius sehinggalah beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) terhadap otaknya.
Walaupun perkara tersebut masih belum disahkan oleh Nazim, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan beliau dalam posting terbaru di Instagram.
Berikut adalah kata-kata Nazim :-
 Embracing the little things in life with a good friend of mine. Kita cuma perlu mereka yang menampakkan sisi jujur dan ikhlas bukan sekadar kata-kata. Alhamdulillah walaupun kawan saya tak ramai, seorang dua yang membuktikan keikhlasan itu sudah cukup sempurnakan hidup ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bersyukur. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amin. #Allahknowsbest
Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan jadi kepada mereka satu hari nanti. Barah otak merupakan salah satu penyakit yang serius dan memerlukan semangat yang kuat untuk menentangnya. Sama-sama kita doakan agar Nazim Othman diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menentang apa sahaja kesakitan yang sedang dialaminya. Semoga cepat sembuh. InshaAllah.