March 2nd, 2015

Nazim Othman yang telah memuat naik beberapa foto termasuk foto imbasan magnetik (MRI) pada bahagian kepalanya telah mencetuskan kebimbangan dikalangan peminat.  Pelbagai dakwaan yang timbul apabila melihat foto tersebut dan ada yang mendakwa Nazim mempunyai ketumbuhan di otak.

Jika dilihat secara teliti, terdapat kesan bengkak pada bahagian kanan depan kepala Nazim. Menguatkan lagi andaian tersebut ialah apabila aktor kacak itu memuat naik gambar sejenis pil Steroid iaitu Dexamethasone yang perlu diambil sebanyak dua kali sehari.

Walaubagaimanapun, sehingga kini Nazim masih belum tampil memberikan sebarang komen ataupun penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Harapnya Nazim Othman tidak mempunyai masalah penyakit yang serius. Mungkin ada sebab kenapa beliau bertindak untuk berdiam diri buat masa ini. Marilah kita mendoakan agar Nazim terus kuat dan bersemangan untuk melawan apa sahaja penyakit yang sedang dihadapinya sekarang.

Sumber Berita: myMetro


Comments are closed.

Loading...