Pelakon jelita, Natasha Hudson tampil memberi kenyataan bahawa dia kini sedang mengecapi bahagia bersama suami yang baru dinikahinya sekitar tahun lalu.
Ujar Natasha, pasangan yang sekufu adalah amat penting selain menyifatkan suami, Muhammad Harits Jasmin sebagai seorang lelaki yang memahami.
Kami boleh bercakap sebagai sahabat. Perkara paling penting mengenai cinta adalah pasangan. Saya datang dari keluarga sederhana, suami juga sama.
Pelakon filem Cermin itu juga bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Harits dan sentiasa berdoa agar jodoh mereka kekal sehingga ke syurga.
Bagi saya, apa yang paling penting adalah penerimaan keluarga. Alhamdulillah, saya bersyukur dan meminta jodoh ini dipanjangkan. Siapa nak berkahwin untuk bercerai.
Dalam pada itu, artis kacukan itu juga mengakui belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana ingin memantapkan lagi ekonomi keluarga.
Perkembangan terkini, Natasha kini bermastautin di Langkawi, Kedah dan sedang sibuk menjalankan perniagaan papan luncur bersama suaminya.
Sekadar info, perkahwinan Natasha Hudson bersama Harits adalah yang ke-5 dan mereka berdua bernikah pada 28 Mac tahun lalu berlokasi di Masjid Al Umm, Banda Baru Bangi, Selangor.
Aktres itu juga mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.