“Nasib Mata Aku Cepat!” – Kena Caj Tak Masuk Akal Jika Pakai Kad, Kedai Sharwarma Terkenal Bukit Bintang Didakwa Menipu

Kehidupan

“Nasib Mata Aku Cepat!” – Kena Caj Tak Masuk Akal Jika Pakai Kad, Kedai Sharwarma Terkenal Bukit Bintang Didakwa Menipu

Satu perkongsian di media sosial mungkin akan membuka mata anda mengenai satu taktik penjual yang dilaporkan sesuka hati mengenakan caj tidak masuk akal kepada pelanggan jika menggunakan kad kredit atau debit ketika membayar barang dan makanan.

Meninjau video yang menjadi tular itu, taktik keji itu dilaporkan berlaku di restoran makanan arab terkenal di kawasan Bukit Bintang.

Advertisement

Restoran tersebut dipercayai menggunakan taktik licik itu apabila menipu pelanggan dengan menekan jumlah tidak masuk akal sekiranya mereka membuat pembayaran menggunakan kad.

Nasib mata aku cepat dan perasan tengok mesin tu. Walhal harga untuk dua regular shawarma tu baru RM29.80. Melampau ek!.

Kata individu itu, dia telah dikenakan caj sekitar RM90 bagi makanan arab yang dibelinya sedangkan harga sebenar adalah separuh daripada itu.

Setelah ditegur, penjual berkenaan seolah-olah berlakon tersilap dan memulangkan baki tunai kepada individu itu.

Pendedahan individu itu kemudiannya mendapat maklum balas serupa daripada netizen yang pernah melalui insiden yang sama.

Patut la harini RM90 lebih terbang. Padahal beli 2 je.

Manakala netizen lain mendakwa restoran berkenaan juga bersikap acuh tak acuh dan biadap terhadap pelanggan tempatan namun sangat baik dengan pelanggan warga asing.

ratu farah buat kecoh
1 year ago

"Mak Ayah Tak Nasihat Ke?" - Ratu Farah Diva Bergaduh Dengan 'Founder' Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Menyampah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...