“Mak Ayah Tak Nasihat Ke?” – Ratu Farah Diva Bergaduh Dengan ‘Founder’ Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Menyampah

Hiburan

“Mak Ayah Tak Nasihat Ke?” – Ratu Farah Diva Bergaduh Dengan ‘Founder’ Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Menyampah

Tular di media sosial semalam mengenai satu video di TikTok yang memaparkan pensohor media sosial Ratu Farah Diva bergaduh bersama beberapa orang ‘founder’ dan TikTokers yang lain.

Difahamkan, Ratu Farah tiba-tiba memasuki siaran langsung beberapa orang pensohor TikTok dan berkelakuan biadap dan memaki hamun mereka.

Advertisement

Ratu juga meluahkan rasa tidak puas hati dan merasakan bahawa individu di dalam video itu sedang mengutuk dan ‘body shaming’ dirinya.

Kau jangan macam macam dengan aku. Aku pun ada hati dan perasaan tau. Apa perasaan kau bila orang hina kau.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen meninggalkan komen bahawa tindakan Ratu itu adalah tidak patut dan didakwa ‘terasa hati’ kerana cintanya ditolak oleh salah seorang TikTokers dalam video itu.

Ada juga netizen beranggapan bahawa Ratu sebenarnya mengalami masalah mental dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Kalau dah selalu bawa watak sewel demi populariti dan sosial media, tanpa sedar watak yang direka itu jadi sebati dengan diri dan jadi personaliti sebenar dia.

Netizen juga mempersoalkan di mana ibu bapa Ratu Farah kerana anak perempuannya itu dilihat sudah mencetuskan kekecohan di media sosial.

Balasan makan harta anak yatim
1 year ago

"Sebulan Dapat RM100 Je, Rumah Habis Kena Jual.." - Individu Kongsi Cerita Balasan Makan Harta Anak Yatim, Ramai Puas Hati Baca

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...