Satu perkongsian di media sosial mungkin akan membuka mata anda mengenai satu taktik penjual yang dilaporkan sesuka hati mengenakan caj tidak masuk akal kepada pelanggan jika menggunakan kad kredit atau debit ketika membayar barang dan makanan.
Meninjau video yang menjadi tular itu, taktik keji itu dilaporkan berlaku di restoran makanan arab terkenal di kawasan Bukit Bintang.
Restoran tersebut dipercayai menggunakan taktik licik itu apabila menipu pelanggan dengan menekan jumlah tidak masuk akal sekiranya mereka membuat pembayaran menggunakan kad.
Nasib mata aku cepat dan perasan tengok mesin tu. Walhal harga untuk dua regular shawarma tu baru RM29.80. Melampau ek!.
Kata individu itu, dia telah dikenakan caj sekitar RM90 bagi makanan arab yang dibelinya sedangkan harga sebenar adalah separuh daripada itu.
1. Restoran Damascus di Bukit Bintang didakwa menggunakan taktik licik untuk menipu pelanggan dengan menekan jumlah tidak masuk akal sekiranya mereka membuat pembayaran menggunakan kad.
“Beli dua regular shawarma add on humus tapi dia pergi caj RM98,” tulis DakAjlaa66. pic.twitter.com/DkY3t6sb1X
— FWB et cætera (@BMVFM) February 13, 2023
Setelah ditegur, penjual berkenaan seolah-olah berlakon tersilap dan memulangkan baki tunai kepada individu itu.
Pendedahan individu itu kemudiannya mendapat maklum balas serupa daripada netizen yang pernah melalui insiden yang sama.
Patut la harini RM90 lebih terbang. Padahal beli 2 je.
Manakala netizen lain mendakwa restoran berkenaan juga bersikap acuh tak acuh dan biadap terhadap pelanggan tempatan namun sangat baik dengan pelanggan warga asing.