Nasi Lemak Pun Kalah! Bubur Ayam Indonesia Terpilih Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara

Travel

Nasi Lemak Pun Kalah! Bubur Ayam Indonesia Terpilih Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara

Sebuah ‘poll’ yang dibuat oleh halaman editorial berasaskan makanan iaitu Taste Atlas di Facebook telah mendapati bahawa penduduk Asia Tenggara amat menggemari Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang dan Tortang Talong dari Filipina seabgai makanan terbaik dari segi rasa dan keenakannya.

Mengutip mata sebanyak 4.7 dan berada di kedudukan ketiga terbaik makanan enak di Asia Tenggara, nampaknya ia telah berjaya menewaskan ‘the legend’ Nasi Lemak yang hanya berada di kedudukan ‘OK’ dengan markah 3.9.

Advertisement

Turut bersama-sama nasi lemak dalam kategori tersebut adalah Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.

Perkongsian hasil tinjauan itu ternyata telah membuatkan rakyat Malaysia terutamanya tidak puas hati dan menganggap pihak Taste Atlas belum merasakan keenakan nasi lemak yang sebenar.

Malah, ada juga komen daripada netizen yang menetap di luar negara yang  mendakwa keliru tentang cara proses undian itu dibuat sedangkan nasi lemak adalah hidangan yang terbaik dan sangat sedap untuk dinikmati.

Komen FacebookSumber : Facebook  

Malah, kata warga maya hidangan Pad Thai dari Thailand tidak wajar diletakkan di tempat kedua terbaik Asia Tenggara.

Barangkali penilaian yang dilakukan tidak tepat, tapi apa yang penting nasi lemak pastinya menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira musim dan juga keadaan, kan?

Nasi lemak anjing
3 years ago

Selain Gerai Nasi Lemak Anjing, Influencer Ini Kongsi Nama Tempat Makan Yang Unik Dan Pelik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...