Selain Gerai Nasi Lemak Anjing, Influencer Ini Kongsi Nama Tempat Makan Yang Unik Dan Pelik

Travel

Selain Gerai Nasi Lemak Anjing, Influencer Ini Kongsi Nama Tempat Makan Yang Unik Dan Pelik

Seorang personaliti media sosial yang juga Vlogger makanan terkenal, Ceddy baru-baru ini ada membuat ulasan di sebuah restoran yang dikenali sebagai Nasi Lemak Anjing di laman Twitternya.

Untaian twit Ceddy ternyata telah mengundang banyak komen dan respon netizen kerana berasa pelik dengan gelaran gerai makanan tersebut yang telah ‘melekat’ sekian lama.

Advertisement
Sumber : Twitter 

Pertanyaan Ceddy mengenai asal usul nama Nasi Lemak Anjing itu telah mendapat banyak respon yang menjelaskan mengapa gerai berkenaan dipanggil dengan gelaran tersebut oleh orang ramai.

“Tunggu petang dekat-dekat maghrib, banyak anjing kat main road depan tu.” tulis seorang netizen.

“Anda perlu datang pada waktu malam, pasti ada anjing” jelas seorang lagi pengguna Twitter.

View this post on Instagram

A post shared by Ceddy (@ceddyornot)

Selain itu, ada juga warga maya yang berkongsikan nama gerai-gerai makanan yang dianggap unik dan pelik.

Antaranya, nasi kandar celah babi di Pulau Pinang, Nasi lemak depan kubur di Port Disckson, nasi lemak Wak Kentut, nasi lemak longkang, nasi lemak bukit doraemon, bakso kubur cina dan pelbagai lagi.

Macam-macam idea nama restoran ya? Korang pernah pergi tempat yang ada nama yang unik tak? Kongsikan kepada kami di bahagian komen.

JOLLIBEE
2 years ago

Cawangan Jollibee Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Mulai 8 Februari 2022

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...