Cawangan Jollibee Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Mulai 8 Februari 2022

Travel

Cawangan Jollibee Akan Dibuka Di Sunway Pyramid Mulai 8 Februari 2022

Restoran makanan segera ikonik Filipina, Jollibee sebelum ini telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah.

Namun, rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung tidak perlu gusar lagi apabila restoran ‘fast food’ tersebut akan membuka secara rasmi cawangan mereka yang pertama iaitu di Sunway Pyramid, Lembah Klang.

Advertisement

Dan pastinya, gandingan ikonik Chickenjoy dan Jolly Spaghetti menjadi menu pilihan yang utama setelah restoran itu dibuka tidak lama sahaja lagi.

Jika di Filipina, ada sebab mengapa jenama ayam goreng popular antarabangsa yang lain tidak dapat bersaing dengan Jollibee ini.

Salah satu sebabnya adalah setiap set ayam goren Chickenjoy hadir bersama sos gravy yang tersendiri, serta Jolly Spaghetti yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak.

Manakala dari sudut harga makanan pula, ianya boleh dikatakan hampir sama dengan harga menu di cawangan restoran fast food yang lain.

Jollibee Sunway Pyramid akan mula beroperasi kepada umum bermula esok (8 Februari 2020) berlokasi bersebelahan dengan Seoul Garden. Selamat mencuba!

Genting Skyworlds
2 years ago

Taman Tema Genting Skyworlds Akan Dibuka 8 Februari, Harga Tiket RM189

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...