Nash Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Gadis

Hiburan

Nash Akui Sedang Kenal Hati Budi Seorang Gadis

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru penyanyi yang popular dengan lagu Ada Syurga Di Wajahmu ini. Selepas kegagalan perkahwinan dengan Allahyarham Sosilawati, Nash pernah dikaitkan bercinta dengan Betty Benafe. Namun kisah itu senyap begitu sahaja dan Betty pun sudah bergelar isteri orang.

nash

Advertisement

Terbaru, Nash mengakui sedang mengenali hati budi seoran gadis. Menariknya, salah satu sebab Nash tertarik dengan gadis ini ialah keupayaannya menulis menggunakan tulisan jawi. Kata Nash:-

Antara sebab saya tertarik dengan dirinya adalah melalui nilai kemelayuan yang dibawa dirinya. Selain itu, dia mempunyai keunikan tersendiri untuk menulis diari hidupnya di dalam tulisan jawi, yang pada saya jarang untuk lihat itu di kalangan wanita kini

nash

Walaupun sudah mengenali si gadis selama lebih kurang setahun, Nash masih belum meluahkan kata cinta kepadanya. Semoga Nash cepat-cepat berbuat demikian, sekaligus mendirikan rumahtangga dengan wanita tersebut. Jangan lambat-lambat sangat. Kang tak pasal-pasal kena kebas dengan orang lain pulak. Hehehe.

P.S: Gambar Honrda CBR600RR dengan lebih terperinci

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...