January 6th, 2010

nash dan betty benafe

Time bekas bini Nash, Datuk Sosilawati Lawiya kecoh kantoi ditangkap berkhalwat baru-baru nie, rupa-rupanya dalam senyap Nash khabarnya sedang memekar bunga cinta bersama Betty Benafe. Tapi cara diorang menunjukkan rasa cinta tue lain macam sikit. Biasa la orang tua, so cara pun old school.

Masa Nash tengah syok tarik lagu “Doa Buat Kekasih” kat atas pentas perkahwinan anak saudara Zaibo, Betty Benafe dengan selambanya naik ke atas pentas dan menghadiahkan 2 kuntuman mawar putih kat Nash. Perghhhhhhhh ~~ Jiwang karat tahap leleh nie beb. Tapi Abang Nash kita tak mengalah gak romantik dia. Lepas dah habis nyanyi, sempat lagi dia memetik sekuntum mawar dan menghadiahkannya kepada Betty. Sumpah romantik gile diorang dua nie.

Untuk pengetahuan anda, Nash kini berumur 50 tahun sementara Betty pulak berusia 31 tahun. Bila ditanya tentang Abang Nash, Betty pun menjawap:-

[note]Abang Nash ada pegangan agama yang kuat dan boleh membimbing ke arah kebaikan. Itu ciri yang paling penting dalam rumahtangga. Mungkin abang Nash belum bernasib baik ketemu wanita yang benar-benar memahaminya. Bet pun macam abang Nash juga, selalu tak bernasib baik dalam soal cinta. Insya Allah, saya selalu doakan yang terbaik untuk abang Nash.[/note]

nash dan betty benafe

Tapi macam biasalah artis-artis kita nie suka taknak mengaku sama ada diorang bercinta atau tak. Tapi kami paling suka bile si Zaibo mencelah dan suruh diorang berdua nie cakap direct jer:-

[note]Tak payah cakap berlapik-lapik. Eloklah tu….kalau dah suka sama suka. Aku anytime boleh jadi MC majlis kau berdua..[/note]

Yeah ~~ Kami sokong cakap abang Zaibo. Senang citer kawin ajer kalau dah suka sama suka. Dedua pun single. Bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Tak gitu? Berita penuh leh baca kat Mstar.


Comments are closed.

Loading...