Nas Daily Bidas Kenyataan Louise De Guzman Mabulo Sebagai Berita Palsu

Dunia

Nas Daily Bidas Kenyataan Louise De Guzman Mabulo Sebagai Berita Palsu

Seperti yang kita tahu baru-baru ini, kecoh di Facebook apabila Louise De Guzman Mabulo yang merupakan pengasas kepada ‘Cacao Project’ telah mengeluarkan satu kenyataan di perkongsiannya mendedahkan sikap eksploitasi Nas Daily demi mementingkan content dan hanya untuk meraih penonton.

Perkongsian Louise De Guzman Mabulo tersebut telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet kerana ada yang menyokongnya dan tidak kurang juga yang mengecam tindakannya itu.

Advertisement

4 bulan lalu

Sikap Kasar & Eksploitatif Pengasas Nas Daily Akhirnya Terbongkar

Setelah menerima banyak kecaman dan komen negatif daripada masyarakat di seluruh negara, pengasas Nas Daily iaitu Nuseir Yassin tidak mampu lagi untuk menahan sabar dan bertindak melakukan perkongsian juga di Facebook dengan mengeluarkan respon membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Louise De Guzman Mabulo.

Terlalu banyak tuduhan berat telah dibuat ke atasnya, antaranya ialah mendakwa dirinya telah menggunakan budaya Asia hanya untuk klik dan tontonan di platform videonya serta meletakkan ‘Filipina’ sebagai headline semata-mata untuk mendapat banyak komen.

Advertisement

Dalam perkongsian Nas Daily itu, dia memberitahu yang dia juga telah mendiamkan diri selama dua tahun tetapi tidak sanggup lagi membiarkan Louise De Guzman Mabulo meneruskan penyebaran berita palsu mengenainya itu.

Tambahnya lagi, dia pada awalnya sangat terinspirasi dengan kisah dan projek yang dijalankan oleh Louise De Guzman Mabulo dan sanggup terbang dari Singapura ke Filipina semata-mata untuk memberikan sokongan.

Namun, apa yang mereka lihat di sana tidak seperti yang mereka sangkakan. Ia paling mengejutkan dan menyedihkan baginya kerana kisah Louise De Guzman itu adalah tidak benar kerana sebaik sahaja mereka tiba di ladangnya, tidak ada langsung tanaman Kakao yang dilihatnya.

Nas Daily bersama Louise De Guzman Mabulo di Filipina

Nuseir Yassin bersama Louise De Guzman Mabulo ketika di Filipina – via Facebook

Lebih mengejutkannya lagi, 200 petani yang dikatakan telah bekerjasama dengan Louise De Guzman Mabulo itu adalah palsu malah baginya, anugerah yang wanita tersebut peroleh hanyalah anugerah di internet semata-mata.

“Tolong jangan berkongsi berita palsu, semua yang anda katakan itu adalah dengan niat jahat dan jelas sekali bukan cara saya bercakap.”

Selepas dia mendapati yang cerita Louise De Guzman Mabulo itu palsu, dia kemudiannya memberitahu sendiri dengan wanita tersebut tentang perkara itu.

Wanita tersebut memahami sepenuhnya dan bertindak mengucapkan selamat tinggal kepada dia dan pasukan Nas Daily yang lain.

Dia memberitahu lagi, kenyataan Louise De Guzman Mabulo tentang dirinya yang terus beredar tanpa mengucapkan terima kasih dan tidak menghargai masa serta keramahannya itu sangat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Tambahnya lagi, dia sempat mengambil gambar bersama wanita tersebut termasuk dengan ahli keluarganya sekali sebelum mereka beredar pulang.

Mengakhiri perkongsiannya itu, dia mengatakan yang dia mulai sedar yang kadangkala niat baik seseorang itu boleh jadi tidak diketahui orang lain malah ada juga yang dihukum kerana berniat baik. Ini merupakan pengajaran dan pengalaman baru baginya sepanjang menjadi pengasas Nas Daily.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...