Sejak beberapa hari yang lalu, kontroversi perkahwinan pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof untuk kali kedua menjadi topik utama bualan ramai.
Mana tidaknya, pada mula-mula spekulasi bahawa dirinya sudah bernikah bersama ‘orang ketiga’ iaitu Ira Kazar dinafikan sekeras-kerasnya tetapi segala ‘statement’ yang dinafikan oleh Syamsul rupanya jadi kenyataan.
Sememangnya pengumuman tersebut mendapat kecaman hebat daripada para netizen dan bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar turut tidak dapat lari daripada dikecam masyarakat kerana dianggap tidak menasihati anak sendiri dari menjatuhkan rumah tangga orang lain.
View this post on Instagram
Susulan itu, pihak mStar telah cuba menghubungi Kazar untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini tapi tidak berjaya, lalu mereka mengunjungi kediaman pelakon berkenaan, namun Kazar memaklumkan dirinya tiada di rumah.
Tunggu lah, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa. Nanti-nantilah.
Tujuan pihak mStar mencari kerana mereka sekeluarga mendiamkan diri setelah Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga biarpun tanpa pengetahuan ahli keluarga pengarah tersebut hingga membuatkan pihak sana terkilan dengan tindakan terbabit.
Sekadar info, nama Kazar turut menjadi tempat netizen melepaskan geram kerana seakan-akan menyokong tindakan anak perempuannya ‘mengambil’ suami kepada pelakon, Puteri Sarah dengan menjadi wali mereka di Thailand.