Penyanyi dan pelakon sensasi, Shila Amzah tampil memberi kenyataan terbaru tentang isu perbalahan keluarganya melalui satu siaran langsung di akaun media sosialnya baru-baru ini.
Kata anak sulung kepada keluarga itu, dia sudah tidak mahu masuk campur dengan urusan perpindahan keluar mereka dari rumah tersebut kerana katanya adik-beradik serta ibunya telah mencari rumah baharu di belakangnya.
Saya lepas tangan, biar lah mereka.
View this post on Instagram
Tambahan pula, Shila mengambil keputusan untuk tunggu sehingga rumah itu betul-betul kosong supaya lebih mudah untuk urusan pembelian nanti.
Penyanyi lagu Patah Seribu ini juga tidak tahu status rumah itu buat masa sekarang. Adakah mereka suruh pindah secara rasmi ataupun belum. Ujarnya sebelum ini, memang niatnya untuk mencari rumah baru untuk mereka yang lebih selesa.
Tengok lah, kalau ada masalah mereka cari saya ke tidak.
View this post on Instagram
Terdahulu, Shila bersama adik-beradiknya telah terkait dalam kontroversi keluarga kerana rumah yang mereka duduki itu hendak dijual oleh Shila. Dia juga telah didakwa menghalau keluarga sendiri tanpa kasihan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.