Namron Akui Ilmu Teater Bantunya Berjalan Atas Pentas KLFW

Hiburan

Namron Akui Ilmu Teater Bantunya Berjalan Atas Pentas KLFW

Umum mengetahui, kemunculan pelakon dan pengarah Namron di acara KL Fashion Week (KLFW) minggu lalu sememangnya masih hangat diperkatakan ramai.

namron
3 years ago

Namron Muat Naik Foto Tidak Berbaju, Sahut Cabaran Stesen TV Nak Sejuta 'Followers'

Advertisement

Namron dilihat berjaya menarik perhatian ramai orang dengan auranya yang tersendiri ketika memperagakan serta menggayakan sepersalinan jenama Neonate.

Dalam teater atau asas lakonan, seorang pelakon itu juga akan melatih diri untuk berjalan dengan betul agar tidak kelihatan kekok.

Menurut Namron, pengalaman dan ilmu sebagai pelakon telah dia gunakan dan ia membantunya untuk berjalan dengan penuh keyakinan di atas pentas peragaan tersebut.

Tambah Namron, pengalaman yang banyak dalam teater jarak dekat dengan penonton juga banyak membantunya memperagakan jenama tersebut dalam situasi yang sangat dekat dengan penonton.

Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan turut mengatakan bahawa dia suka membuat persembahan teater di Balckbox kerana ia lebih dekat dengan penonton dan pengalaman sewaktu di KLFW tidak ubah seperti berlakon di Blackbox.

Namron

Dalam pada itu, Namron turut memaklumkan bahawa dia sebenarnya tidak menyangka yang pihak Neonate akan menawarkan kepadanya peluang untuk memperagakan koleksi keluaran mereka.

Susulan daripada situasi tersebut, Namron sangat berterima kasih kepada Neonate di atas kepercayaan yang mereka berikan kepadanya untuk menjadi muse bagi jenama itu di KLFW tahun ini.

Ujar Namron lagi, baju yang dipakainya pada malam gala tersebut memang dihasilkan mengikut ukuran badannya dan perekanya iaitu Karl Shafek memintanya untuk menjadi diri sendiri ketika melakukan peragaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...