Usahawan yang sering terpalit kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM baru-baru ini mendapat perhatian dan menerima kecaman netizen.
Difahamkan anak pelakon veteran, Normah Damanhuri itu telah mencetuskan kontroversi menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram. Seperti yang ramai ketahui, Kak KM telah melahirkan anak bongsunya yang diberi nama Cinta Carissa.
Berdasarkan video berkenaan, usahawan yang menjual pelbagai jamu untuk golongan lelaki dan wanita itu dilihat sedang menyusukan anak bongsunya yang berusia 2 bulan di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, menurut laporan, dia menerima kecaman ramai kerana tidak memakai ‘nursing cover’ untuk melindungi bahagian buah dada ketika menyusukan Carissa di tempat terbuka.
Segelintir netizen memberikan komen dengan menegur dan mengkritik pemakaiannya yang seksi. Malah ada wanita yang mengakui turut tempias berasa malu disebabkan Kak KM.
Ada juga yang berkata tindakannya memalukan kerana payudaranya terdedah kepadaa ramai pengunjung restoran yang lain ketika menyusukan anak.
Menyusukan anak di tempat awam itu tidak salah namun perlulah dengan keadaan dan cara yang sesuai.