(TAHNIAH) Kak KM Liana Rosli Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Beri Nama Cinta Carissa

Hiburan

(TAHNIAH) Kak KM Liana Rosli Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Beri Nama Cinta Carissa

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu lalu.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan Liana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di media sosial.

Advertisement

Bayi perempuan itu kemudiannya dinamakan sebagai Cinta Carissa dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.8kg.

Dalam pada itu, Liana turut berkongsi video sewaktu dia menyiapkan diri menunggu detik bersalin anak perempuannya itu sambil ditemani suami tersayang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut dan juga rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah kepada anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu di atas kelahiran cahaya mata baru itu.

Malah, ramai yang memuji kecomelan si kecil itu yang berhidung mancung yang saling tak tumpah seperti ibunya.

Terdahulu, Liana Rosli yang juga kakak kepada model Ahya Rosli mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan lain hasil perkongsian hidup bersama suami.

Tahniah diucapkan kepada Liana Rosli dan suami di atas kelahiran cahaya mata baru!

Kak KM Liana Rosli
1 year lalu

Sarat Hamil Sempat Beli Kereta Mewah Mercedes Benz, Kak KM Liana Rosli Nak Bawa Untuk Pergi Beranak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    December 23, 2021 at 11:07 pm

    harap anda berubah.. dan dpt hidayah drpd Allah menutup aurat.. insaf lah di atas musibah banjir yng amat trajis.. itu semua peringatan dan Allah menzahirkan kuasanya… itu cuma sedikit yng Allah zahirkan.. Ingat lah Allah maha berkuasa dilangit dan dibumi..

  2. Anonymous

    December 23, 2021 at 6:15 pm

    Moga anak tu jadi anak yg solehah…jgn besar sok jadi mcm mak awak ye..mengelintin je manjang..lolz

Loading...