“Nampak Seolah Hampir Siap..” – Hancur Impian Wanita Ini Miliki Rumah Sendiri, Projek Terbengkalai Tapi Dah Mula Bayaran Penuh

Kehidupan

“Nampak Seolah Hampir Siap..” – Hancur Impian Wanita Ini Miliki Rumah Sendiri, Projek Terbengkalai Tapi Dah Mula Bayaran Penuh

Siapa saja yang tak sedih apabila rumah yang diimpikan untuk duduk bersama keluarga tidak dapat disiapkan dan terbengkalai.

Rumah terbengkalai hampir setahun

Melalui perkongsiaan seorang wanita di Facebook baru-baru ini, dia meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila impiannya untuk duduk di rumah baru ‘musnah’ akibat ia sudah pun terbengkalai hampir setahun dan hingga kini tidak siap-siap lagi.

Advertisement

Dapat dilihat dalam hantaran yang dikongsikan, kelihatan rumah baru tersebut sudah hampir siap tetapi sebenarnya terbengkalai.

Dah bayar ansuran sejak 2018

Katanya, dia sudah pun membuat pembayaran secara ansuran sejak tahun 2018 dan bermula Disember 2022, dia mula membuat pembayaran penuh buat rumah terbabit.

Bukan saja wanita terbabit, malah difahamkan impian 2400 orang yang membeli rumah di residensi berkenaan hanya tinggal angan-angan saja memandangkan rumah berkenaan masih belum siap.

Netizen simpati, doa kekal kuat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa simpati atas ujian yang dihadapi oleh wanita terbabit serta pembeli rumah residensi terbabit.

komen

komen

hd
11 months ago

(VIDEO) Sudah Lima Tahun Berlanjutan, Rumah Individu Dipenuhi Botol Plastik & Sampah, Penghuni Didakwa Hidap 'Hoarding Disorder'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...