Perkongsian seorang Tiktoker tentang satu lokasi medan selera di mana dia telah menikmati oyster mendapat perhatian ramai warganet termasuklah di Twitter.
Menerusi video dimuat naik wanita itu di TikTok, dia menunjukkan sebuah medan selera terletak di Petaling Jaya yang mempunyai kedai menjual kerang bakar dan oyster.
Bagaimanapun, rupa-rupanya ramai yang pernah makan dan berkongsi pengalaman buruk mereka selepas nikmati oyster di kedai terbabit.
Berdasarkan hantaran seorang individu di Twitter pula, dia menerangkan tentang komen-komen netizen berkenaan pengalaman itu.
Ramai individu yang berkata mereka terkena keracunan makanan disebabkan memakan oyster di kedai itu. Bukan seorang atau dua tetapi rupanya ramai yang mengalami nasib sama.
Dia turut mencadangkan agar mereka yang terkena keracunan makanan untuk membuat laporan terhadap pihak berwajib kerana ia merupakan isu yang serius dan boleh menyebabkan kematian (makan oyster mentah).
semalam i saw liana punya tiktok, dia review oyster besaq nak mampuih dkt satu stall ni
pastu harinj i saw a tiktok yg kata dia kena food poisoning bcs makan situ. and then read the comments everyone yg makan situ pun sama kena food poisoning
— farisha ? (@ishapunyatwt) August 14, 2022
Bukan itu sahaja, sesetengah netizen berkata oyster di medan selera tersebut tidak segar memandangkan warnanya yang sudah ‘lebam’.
Sebaliknya, menurut mereka jika mahu makan oyster segar perlulah pergi ke kedai yang menghidangkan atau mempunyai ‘display’ menunjukkan ia masih hidup, bukanlah ‘frozen’.
Oyster mentah mesti dimakan (ketika masih) segar. Bukan yang sudah disejuk beku.”
Seorang individu turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan keadaan oyster yang dihidangkan di medan selera terbabit.
Memang jelas kelihatan ia sudah tidak segar dan sudah bertukar warna coklat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.