“Nampak Sangat Dendam Kesumat Puii!” – Diva AA Tak Puas Hati Naim Daniel & Sissy Iman Dapat Tempat Terakhir?

Hiburan

“Nampak Sangat Dendam Kesumat Puii!” – Diva AA Tak Puas Hati Naim Daniel & Sissy Iman Dapat Tempat Terakhir?

Seperti diketahui ramai, pasangan duo dalam program Famili Duo iaitu Naim Daniel dan Sissy Iman duduki tempat keempat sewaktu pentas terakhir rancangan berkenaan yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, baru-baru ini.

Biarpun ramai berpuas hati dengan keputusan akhir program berkenaan, tetapi tidak buat selebriti sensasi, Azwan Ali atau mesra dikenali sebagai Diva AA.

Advertisement

Melalui ciapan di Twitter, pengacara lantang tersebut mempersoalkan pencapaian pasangan duo itu di pertandingan akhir Famili Duo.

tweet diva aa

Untuk info ramai, pasangan adik beradik iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdullah telah menduduki tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000. Manakala di tempat kedua, Ayda Jebat serta Fyna Jebat dan mereka membawa pulang wang RM25,000.

Di tempat ketiga pula adalah pasangan sepupu Wani Kayrie dan Bella Astillah, mereka berjaya mendapat wang berjumlah RM15,000.

1 year ago

Gambar Naim Daniel & Sissy Imann Tak Ada Dalam Poster 'Famili Duo', Netizen Tertanya - "Tarik Diri Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...