Gambar Naim Daniel & Sissy Imann Tak Ada Dalam Poster ‘Famili Duo’, Netizen Tertanya – “Tarik Diri Ke?”

Hiburan

Gambar Naim Daniel & Sissy Imann Tak Ada Dalam Poster ‘Famili Duo’, Netizen Tertanya – “Tarik Diri Ke?”

Baru-baru ini, rancangan program Tv3 iaitu Famili Duo telah memuat naik poster di laman Instagram memaparkan peserta yang bakal bertanding pada minggu ketujuh dengan tema lagenda atau idola.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah ketiadaan gambar pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann di dalam poster berkenaan.

Advertisement

Turut terkejut dengan perkara tersebut, Naim tampil menjelaskan dan meminta peminat untuk mendoakan agar mereka dapat terus bertanding dalam program tersebut.

Saya pun baru tahu tak ada nama kami dalam poster. Entahlah! Rasanya semua okay je. Tunggu jelah nanti.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Purnama itu turut memaklumkan bahawa Sissy masih lagi belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai konsert pada Ahad ini ataupun tidak.

Malah, mereka juga masih belum membuat apa-apa persiapan dan sudah kesuntukan masa untuk melakukan persediaan.

Tengoklah macam mana nanti.. belum dapat kata putus lagi untuk minggu ni. InsyaAllah kami akan muncul.

Sepatutnya Ahad lepas konsert haritu kami akan diberikan lagu untuk minggu seterusnya, tapi kali ni lagu pun belum dapat.

Dalam pada itu, Naim berkongsi perkembangan Sissy yang masih lagi dalam proses untuk bagkit dari insiden yang berlaku dan belum bersedia untuk bercakap dengan mana-mana pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Itu Bukan Tahap Saya, Sekarang Tahap Saya Dah Juri" - Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...