Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang pengantin perempuan yang ingin membuat kelainan dengan mengambil gambar di dalam air bertukar menjadi bahan lawak netizen.
Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Eyra Fadz telah memuat naik video belakang tabir memaparkan dirinya yang lengkap berpakaian busana pengantin sedang menjalani photoshoot underwater.
Apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah hasil daripada photoshoot berkenaan yang dijangka lain daripada lain.
Selepas memuat naik video hasil daripada photoshoot berkenaan, ternyata ia sebaliknya menjadi bahan lawak dan mengundang tawa orang ramai.
Meninjau di ruangan komen,rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian tersebut yang disifatkan belum mencapai tahap profesional untuk membuat penggambaran di dalam air.
“Expectation saya terlampau tinggi,” tulis seorang warganet.
“Nampak macam lemas lepastu orang tak tolong tapi ambil gambar,” tulis seorang netizen.
“Kelakar kak, ni kalau terserempak dengan dugung pun boleh ketawa,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Namun, wanita berkenaan akui tidak mengambil hati atas segala kecaman dari netizen yang disifatkan hanya sekadar gurauan. Malah, dia sendiri turut menggelar dirinya seperti sotong di dalam photoshoot tersebut.