(VIDEO) “Meremang Tengok…” – Lembaga Putih ‘Menumpang’ Di Kereta 4×4 Undang Tanda Tanya Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Meremang Tengok…” – Lembaga Putih ‘Menumpang’ Di Kereta 4×4 Undang Tanda Tanya Netizen

Perkara-perkara ‘mistik’ dan seram pastinya sinonim dengan kehidupan kita sejak dari azali lagi.

Baru-baru ini, perkongsian sebuah video seram oleh pelawak terkenal Ajak Shiro menerusi laman Instagram dan TikTok miliknya ternyata telah mencuri tumpuan netizen.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, terlihat seperti satu susuk berwarna putih sedang berada di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4).

“Tengok sampai habis. Gurau halus pula malam-malam ini. Apa tu?” tulis Ajak menerusi kapsyen video di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi pendapat masing-masing setelah melihat susuk putih yang bersaiz agak besar dan tinggi itu berada di belakang kenderaan tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa ‘benda’ tersebut adalah makhluk halus berdasarkan pengalaman mereka sendiri apabila ianya ‘menumpang tanpa diundang’ pada kenderaan mereka.

Namun ada juga yang berpendapat ‘benda’ tersebut adalah barangan seperti tangga atau peti ais yang dibalut dengan kain putih.

Anda punya pengalaman ‘ditumpang’ benda atau entiti yang tidak sepatutnya? Kongsikan kepada kami di bahagian komen.

adik kandung rampas suami kakak
2 years ago

(VIDEO) "Mereka Pernah Bercinta.." - Wanita Sedih Perkahwinan Musnah, Adik Kandung Goda Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...