“Nampak Biadap!” – Musnahkan Makan Sebelum Bergambar, Netizen Komen Tak Kelakar Langsung

Kehidupan

“Nampak Biadap!” – Musnahkan Makan Sebelum Bergambar, Netizen Komen Tak Kelakar Langsung

Pada zaman ini, mengambil gambar ataupun merakam makanan yang dibeli sebelum memakannya sudah menjadi kebiasaan buat semua orang.

Selalu ianya dilakukan atas alasan-alasan tertentu seperti hendak kongsikan dalam media sosial ataupun sekadar menyimpan gambar tersebut sebagai koleksi di dalam galeri telefon.

Advertisement

Bagaimanapun, ada juga individu yang tidak berasa senang apabila seseorang melakukan hal seperti ini, malah ada yang ‘merosakkan’ makanan terbabit ketika rakan mereka sedang juga mengambil gambar.

Turut berdepan dengan situasi yang sama, seorang wanita tampil membuat ciapan di Twitter dengan berkata tindakan merosakkan makanan sebelum rakan sempat mengambil gambar adalah perkara yang tidak kelakar.

Dalam pada itu, dia turut menyifatkan ianya biadap, tambahan pula jika makanan yang dirosakkan itu adalah pesanan rakannya sendiri.

komen twitter

Bagi menjelaskan ciapan yang dibuat oleh wanita itu, dia berkata dia tidak akan merakam gambar makanan yang dipesan orang lain jika tidak mendapat kebenaran daripada tuan empunya badan sendiri.

Susulan isu yang disuarakan olehnya, ramai netizen turut bersetuju dengan kata-kata yang diketengahkan oleh wanita terbabit kerana merasakan setiap orang ada minat sendiri.

REZA BCL
3 years ago

Panggil 'Sayang' Dan Tunjuk Aksi Mesra, Netizen Mahu Reza Rahadian Dan BCL Jadi 'Couple'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...