Normal bagi seseorang yang bergelar wanita untuk kelihatan cantik dan menawan, tidak kiralah untuk diri sendiri mahupun di hadapan pasangan masing-masing.
Ada yang suka membeli baju baru setiap bulan, ataupun mewarnakan rambut supaya dapat tampil berbeza mahupun sekadar ingin mencuba-cuba sahaja.
Namun, bagi wanita muslim, pastinya akan lebih ‘concern’ dengan kandungan pewarna rambut kerana perlu memastikan ia halal dan sah untuk dibawa solat.
Seperti satu perkongsian wanita ini, dia ada berkongsikan panduan untuk wanita muslim memilih pewarna rambut yang halal dan boleh diapakai.
Banyak je hair dye yang telap air tapi tak tulis dekat packaging/announce publicly. Yang ada kat drugstore tu sebenarnya mostly (NOT all) telap air ??????
Bagi Muslims (atau anyone yang nak dye rambut tapi nak yang telap air), here’s a guide — https://t.co/8uQZmJMD0J
— Bunny ? | #KindAndGentle ? (@chizubunny) June 2, 2022
Antara syarat pewarna rambut atau ‘dye’ halal dipakai adalah ia mestikalh telap air ataupun dengan kata lain, wajib ‘masuk’ ke dalam hair cuticles dan bukannya hanya ‘menyalut’ helaian rambut anda.
Dan antara bahan pertama dalam ‘dye’ rambut yang perlu ada adalah seperti Ammonia atau Monoethanolamine atau Cocomide MEA atau AMP (Aminomethylproponol (perlu ada salah satu).
Lain-lain anda boleh rujuk di untaian ini:
Jom warna rambut!