Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan daripada seorang pengguna yang berkongsi gambar resit makanan lauk sotong berharga RM100.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan lelaki itu makan disebuah restoran mamak terkenal dan mengambil dua pinggan nasi putih, dua biji telur masin, sayuran, dan sotong goreng segar.
Terdahulu, restoran itu turut pernah tular sebelum ini apabila seorang pelanggan berkongsi resit yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng mencecah harga RM100.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila lelaki itu menggambil gambar resit di belakang bonet kereta dan bersebelahan dengan logo kereta miliknya.
Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan motif lelaki itu berbuat demikian.
“Takpe.. mampu bawa kereta ‘H’ comfirm bayar sotong harga RM100 takde hal,” tulis seorang netizen.
“Yang penting ambil gambar sotong RM100 belakang lambang kereta Honda. kau mampu kan? Bayar ajelah nak bising buat apa,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.