“Asal Boleh..” – Ukur Air Banjir Pakai Anggota Tubuh Badan, Netizen ‘Hentam’ Agensi Pengurusan Bencana Negara

Kehidupan

“Asal Boleh..” – Ukur Air Banjir Pakai Anggota Tubuh Badan, Netizen ‘Hentam’ Agensi Pengurusan Bencana Negara

Perkongsian info daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri telah menarik perhatian netizen apabila pihak tersebut didakwa membuat kenyataan tahap paras air hanya berdasarkan skala anggota tubuh badan.

Berikutan bencana banjir kilat yang melanda ibu negara dan kawasan sekitar sejak beberapa hari ini, netizen pastinya ingin mengetahui info-info terkini berkenaan tragedi itu terutamanya daripada sumber-sumber sahih dan boleh dipercayai.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi bahan bualan warga maya apabila agensi tersebut menggunakan ‘bahasa mudah’ seperti ‘paras lutut’ dan ‘paras buku lali’ bagi menyampaikan info tahap kedalaman air banjir di kawasan sekitar yang terjejas.

Sehubungan itu, ada pula ulasan daripada pembaca info yang mengatakan agensi tersebut hanya ‘asal boleh’ dalam menyampaikan info dan memandang enteng penggunaan terma yang sepatutnya digunapakai dalam menyampaikan maklumat.

Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa penggunaan ayat itu lebih ‘senang faham’ dan relevan untuk ramai orang serta mudah difahami.

TwitterSumber : Twitter  

Aku bersetuju dengan cara ini. Inilah yang diajar pensyarah kami untuk penilaian secara am. Murid susah nak faham 3 kaki tu panjang mana, 1 meter tu dalam mana. Maka, cara inilah yang kami gunakan.

Pendapat masing-masing kan. Asalkan senang faham tapi kalau selalu ‘asal boleh’ pun tak patut juga..

Rumah dalam pembinaan diduduki pekerjaan
2 years ago

"Siap Bawak Anak Bini.." - Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, 'Owner' Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...