“Nak Tayang Kaki Putih Pun Tak Nice” – Alun Qasidah Qomarun, Netizen Kritik Kain Nuha Bahrin Terlalu Singkat

Hiburan

“Nak Tayang Kaki Putih Pun Tak Nice” – Alun Qasidah Qomarun, Netizen Kritik Kain Nuha Bahrin Terlalu Singkat

Minggu lalu, penyanyi lagu trending Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin telah dijemput menjadi tetamu dalam satu program televisyen di Indonesia.

Syarikat rakaman mereka, Beegood Music telah memuat naik video menunjukkan Nuha mengalunkan qasidah Qomarun atas permintaan ketika di Program Pagi Pagi Ambyar itu.

Advertisement

Meskipun ramai yang memuji kelunakan suaranya ketika mengalunkan lagu tersebut namun ramai dilihat mengkritik Nuha disebabkan isu yang sama.

Berdasarkan ruangan komen di Instagram itu, ramai netizen yang menegur Nuha kerana tidak menutup aurat dengan sempurna ketika menjadi tetamu jemputan di situ.

Segelintir daripada mereka mencadangkan dan menasihati Nuha untuk memakai stokin selepas ini jika pakaian yang digayakan singkat seperti itu.

Mereka mengkritik penyanyi berusia 22 tahun berkenaan kerana memakai gaun singkat di mana kainnya tidak sampai sehingga buku lalu pun.

Seorang individu berkata tidak manis dilihat kainnya yang singkat itu sedangkan dia mengalunkan lirik-lirik memuji Rasulullah SAW.

Ini bukanlah kali pertama nama Nuha menjadi bualan netizen di media sosial kerana sebelum ini dia pernah dikritik beberapa kali berkenaan nyanyiannya dalam siaran langsung di televisyen.

Bagaimanapun, penyanyi tersebut tidak melatah sebaliknya menerima teguran netizen dan menyedari masih banyak yang perlu dipelajarinya dalam bidang ini terutamanya daripada segi teknik vokal.

2 years ago

"Saya Tahu Apa Yang Saya Mampu Buat..." - Dikritik Nyanyian 'Live' Casablanca 'Ke Laut', Nuha Bahrin Respon Pada Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...