Siapa tak kenal pelakon kacak Fattah Amin? Karakter dan personalitinya dalam drama dan filem menjadikan aktor ini menjadi pujaan golongan hawa. Tapi apa sebenarnya yang cara untuk menjadi wanita idaman bagi menambat si dia? Fattah berkongsi beberapa tips untuk memenangi hati yang tersayang. Kerana wanita yang yakin dengan kulit muda berseri secara 3D adalah paling menawan
Tidur cukup
Tidur yang cukup setiap hari dapat memberi manfaat seperti kurangnya kedut, kulit lebih berseri dan mata yang segar tanpa sembap. Tidur sekurangnya 8 jam sehari untuk nikmati semua ini.
Urutan muka
Bukan sahaja penjagaan kulit penting, urutan pada muka juga tidak kurang hebat kesannya. Dengan urutan yang betul, kulit akan menjadi lebih sihat selain otot muka dapat lebih tenang. Hasilnya akan terpancar pada wajah kita.
Makanan antioksidan
Makanan antioksidan seperti coklat gelap, kacang pecan, blueberry, anggur, sayuran hijau dan teh sangat berfaedah untuk badan. Selain antioksidan, makanan sebegini kaya dengan vitamin, mineral yang meminimumkan kerosakan sel badan.
Bersenam
Bersenam sekurangnya 3 kali seminggu dapat menjadikan kita lebih gembira apabila badan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin ini merangsang perasaan positif dalam dan menjadikan kebahagiaan terpancar di wajah.
Serum anti-bintik hitam efektif
“Kebanyakan wanita kini tidak dapat mengelakan masalah kulit terutamanya bintik hitam, garis halus dan kulit kusam”, kata Fattah. Sebenarnya, salah satu masalah kulit wanita Asia adalah bintik hitam yang memberi kesan kepada keyakinan diri.
Ini kerana kita semua tak boleh mengelakkan sinaran UV yang berbahaya dari matahari, radikal bebas dan juga lampu dari mana-mana saja, bukan setakat bintik hitam, malah kulit pun bertambah kusam dan garis halus juga muncul. Lama-kelamaan, kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Ini bukan sahaja mencacatkan penampilan, keyakinan untuk berdepan si dia pun semestinya terjejas.
“Mujurlah sekarang NIVEA ada serum anti bintik hitam LUMINOUS630 yang terbukti berkesan untuk mengurangkan bintik hitam dan garis halus, untuk kulit sentiasa muda berseri, tanpa cela,” tambah Fattah.
NIVEA LUMINOUS630 Serum Anti Bintik Hitam ini mengambil masa 10 tahun untuk ujian klinikal ke atas 2 bahan utama, iaitu LUMINOUS630 dan 2x Hyaluron, yang terbukti berkesan untuk meresap jauh ke dalam kulit. Bintik hitam dan garis halus dibasmi, meningkatkan keserian kulit, hanya dalam 4 minggu, hasilnya wajah muda berseri secara 3D!
Diuji oleh ratusan wanita Malaysia, dengan pemakaian konsisten, ia terbukti boleh mengurangkan 67% bintik hitam manakala garis halus berkurang 66%, keserian kulit pula akan meningkat 81%. Inilah rahsia kulit sentiasa nampak muda, berseri dan tanpa cela.
Serum ini adalah serum terbaik untuk menyelesaikan masalah bintik hitam dan garis halus. Terbukti sebagai serum anti-bintik hitam yang paling laris dan ramai sudah menikmati keberkesananya. Korang tunggu apa lagi?
Nak tahu tak, NIVEA LUMINOUS630 Serum Anti Bintik Hitam berwarna emas dan NIVEA LUMINOUS630 Spotclear Booster Serum (merah jambu) mempunyai perbezaan dari segi fungsi masing-masing? Teliti gambar di bawah untuk memahami perbezaan untuk dua serum ni.
Secara ringkas, NIVEA LUMINOUS630 SpotClear Booster Serum, memfokuskan untuk mengurangkan bintik hitam dan meningkatkan keserian kulit. Manakala NIVEA LUMINOUS630 Serum Anti Bintik Hitam dipertingkat dengan 2x Hyaluron dan Antioksidan, bertindak mengurangkan bintik hitam dan juga garis halus, untuk kulit kelihatan muda berseri, tanpa cela.
Lindungi kulit setiap hari
Jangan sia-siakan usaha mengembalikan kulit idaman tapi tidak melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya di siang hari. Ramai yang mengabaikan langkah penting ini dan merungut masalah kulit tidak selesai.
Untuk itu, sapukan NIVEA LUMINOUS630 SpotClear Spot Protect Moisturizer, dengan SPF50 PA+++ yang boleh melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya, dan paling penting ialah ramuan LUMINOUS630 dalam pelembap ini boleh mengelakkan kulit menghasilkan bintik hitam dari lapisan dalam.
Apa yang membezakan sunscreen NIVEA LUMINOUS630 SpotClear ini dengan sunscreen lain di pasaran adalah, produk NIVEA ini bertekstur ringan, kulit rasa selesa untuk langkah seterusnya seperti mekap, ia juga mengelakkan pembentukan bintik hitam dan masa sama mempercepat proses menyerikan kulit.
Nak tarik perhatian jejaka idaman, diri sendiri pun kenalah sentiasa gembira dan positif selalu. Macam mana nak sentiasa gembira? Mestilah bila tahu ada sale, bolehlah shopping sakan tanpa rasa bersalah!
Kali ini NIVEA ada kempen hebat sempena 12.12 di Shopee, dengan potongan harga yang paling hebat iaitu lebih 30% diskaun dan juga ada giveaway baucar online! Korang juga boleh beli di Lazada dan Watsons dengan potongan harga yang hebat juga! Untung kan? Rugi kalau terlepas sale ni untuk pembelian NIVEA LUMINOUS630.