Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

Serum Anti-Bintik Hitam Paling Laris Kini Dipertingkatkan Dengan Hyaluron Untuk Wajah Berseri & Muda Secara 3D!

Kebanyakan wanita tak kira usia risau kalau kulit wajah mereka muncul bintik-bintik gelap, garis halus dan nampak kusam jer. Walaupun anda merasakan wajah anda selamat dengan pemakaian krim pelindung wajah tetapi penggunaan secara berlebihan sebenarnya akan menyebabkan pori menjadi mudah tersumbat dan merosakkan kulit.

Sebenarnya, nak jaga kulit wajah ni tidaklah terlalu membebankan. Kita hanya perlu pastikan produk penjagaan kulit yang digunakan mampu menghilangkan bintik hitam dan melembapkan kulit wajah.

Advertisement

Kalau anda sudah mencuba pelbagai jenis produk untuk mengatasi masalah bintik hitam dan garis halus pada wajah tapi masih tidak berkesan, inilah masanya untuk bertukar kepada produk ajaib yang kini merupakan jenama anti jeragat terlaris dan menjadi pilihan ramai iaitu NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum.

Produk kecantikan dari Jerman ini adalah serum anti bintik gelap paling dipercayai serta mempunyai reputasi yang sangat baik. Ini selepas ramai mengatakan kesannya sangat cepat dan mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya pada kulit wajah.

NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum adalah hasil naik taraf formula daripada produk  NIVEA Luminous630 Spot Clear yang lama. Kini, ia telah diperhebatkan dengan menambah ramuan Hyaluronik dan Anti-Oksidan untuk mengurangkan garis halus serta meningkatkan penyerapan Luminous630 secara mendalam di kulit agar nampak muda berseri.

Advertisement

Dalam masa 4 minggu sahaja anda boleh melihat perubahan pada wajah dengan penggunaan secara konsisten. Bukan sahaja bintik hitam & garis halus dikurangkan, tona kulit juga menjadi sekata.

Bagaimana Nivea Luminous630 Anti Dark-Spot mampu mengurangkan bintik hitam?

Menurut kajian, kebanyakan ramuan untuk formulasi bintik hitam diuji pada tirosinase cendawan (Mushroom Tyrosinase), berbanding dengan NIVEA Luminous630 yang menggunakan tirosinase sintetik manusia (Human Tyrosinase) untuk mengenal pasti ramuan yang paling berkesan bagi mengurangkan bintik hitam.

Hasilnya mendapati, Luminous630 terbukti berkesan untuk menghalang aktiviti tirosinase serta membantu mengurangkan bintik hitam tanpa merosakkan kulit!

Peratusan keberkesanan tinggi berdasarkan kajian kulit wanita Malaysia, 2021

Sebenarnya, dalam proses pembuangan  bintik hitam,cela dan kedutan, perkara yang paling ditakuti adalah bahawa produk tersebut tidak sesuai pada kulit atau kesannya tidak dapat dilihat dan  menghabiskan duit.

Advertisement

Pastikan anda memilih siri NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum, penggunaan selama 4 minggu terbukti berkesan dapat mengurangkan 67% bintik hitam, 66% garis halus dan meningkatkan keserian kulit sehingga 81%.

* Berdasarkan kajian kulit wanita Malaysia, 2021

Bagi anda yang tertanya mengapa Luminous630, ia sebenarnya merupakan inovasi daripada NIVEA selepas kajian selama 11 tahun dan mencuba untuk mencipta semula enzim manusia yang menghasilkan pigmen melanin.

Selepas mengkaji sebanyak 50,000 sebatian, NIVEA berjaya menemui Luminous630 yang terbukti berkesan untuk mengimbangkan penghasilan pigmen dan mengurangkan bintik- bintik hitam tanpa merosakkan kulit dalam 4 minggu.

Tekstur yang lembut dengan formula yang ringan pula memudahkan penyerapan Luminous630 ke dalam kulit dan sama sekali tidak melekit. Anda juga tidak perlu risau kerana serum ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Jom lihat sendiri apa pandangan Syada Amzah dan Liyana Bakarudin pakai NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum selepas 4 minggu:

Produk penjagaan kecantikan dari Jerman ini sangat meyakinkan dan ramai wanita sudah mendapatkan hasilnya dan ia berkesan!

Cadangan kami bagi anda yang masih pada awal 20-an, boleh bermula dengan NIVEA Luminous630 Spotclear Serum.

Manakala NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum sesuai untuk wanita berusia 30 ke atas dengan masalah bintik hitam & garis halus.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki NIVEA Luminous630 AntiDark-Spot Serum yang telah mula dijual di pasaran pada harga RM129 sahaja.

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi kedai Watsons yang berhampiran ataupun di laman web e-dagang Watsons atau Shopee.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top