“Nak Tahu Kontroversi Yang Sebenar?” – Ahirinie Ahiruddin ‘Bidas’ Kenyataan Aedy Ashraf Susulan Kontroversi Foto Mesra Di IG

Hiburan

“Nak Tahu Kontroversi Yang Sebenar?” – Ahirinie Ahiruddin ‘Bidas’ Kenyataan Aedy Ashraf Susulan Kontroversi Foto Mesra Di IG

Gara-gara foto promosi filem Tebus yang dimuat naik di Instagram dikecam kerana terlalu mesra dan mengundang komen-komen tidak puas hati netizen, pelakon Ahirine Ahiruddin tampil membuka mulut seolah-olah membidas kenyataan aktor Aedy Ashraf mengenai isu itu.

Aedy sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan di mana dia tidak pernah memberi sebarang persetujuan tentang foto dan video tersebut untuk dikongsi di semua platform media sosial.

Advertisement

Ahirine kemudian dilihat seakan-akan membidas kenyataan Aedy menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Aktres itu seperti menyindir akan ‘kontroversi’ yang sebenar dan menganggap ‘seseorang’ itu bertuah kerana dia memilih untuk bersikap profesional.

ahirineInstagram

Ahirinie kemudian dilihat memadam hantaran tersebut serta foto kontroversi yang dimuat naik olehnya sebelum ini di Instagram.

Sekadar info, kedua-dua pelakon itu merupakan bintang utama bagi filem terbaharu berjudul Tebus yang bakal ditayangkan tidak lama sahaja lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Irma Hasmie
8 months ago

Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Akhirnya Irma Hasmie Buka Mulut - "Saya Sebenarnya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...