Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Akhirnya Irma Hasmie Buka Mulut – “Saya Sebenarnya..”

Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Akhirnya Irma Hasmie Buka Mulut – “Saya Sebenarnya..”

Gempar seketika media hiburan tempatan apabila pelakon Irma Hasmie dikatakan sedang mengalami gelora dalam rumah tangga bersama suami, Redza Syah Azmeer.

Apatah lagi apabila dia didakwa turut memadam foto-foto bersama suami selain memuat naik luahan hati berbaur kesedihan dan memohon kekuatan daripada peminat dan rakan artis.

Advertisement

Diminta untuk mengulas tentang apa sebenarnya yang sedang terjadi, pelakon dan personaliti TV itu akhirnya buka mulut dan memberikan respon mengenai segala tuduhan yang diterimanya sebelum ini.

Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen.

Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum. Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif.

Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai dan tetap percaya mengenai takdir yang telah ditentukan Allah S.W.T.

Untuk rekod, Irma dan Redza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Irma Hasmie
8 months ago

"Mohon Ampun Jika Pernah Menyakiti Sesiapa.." - Irma Hasmie 'Memilih' Untuk Tuding Jari Kepada Diri Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...