Sedia maklum, secara diam-diam pasangan merpati dua sejoli iaitu penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah selamat disatukan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan kisah percintaan mereka.
Bagaimanapun, selepas bernikah, netizen dapat menghidu sisi romantis yang tidak pernah ditunjukkan oleh Zizi sebelum ini secara terbuka kepada khayalak ramai.
View this post on Instagram
Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah.. bangun tidur ada Yusuf di sebelah. Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil menceritakan walaupun ramai yang menyedari perubahan dirinya itu, namun dia sendiri masih malu-malu dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan hadirnya Yusuf dalam hidupnya sebagai seorang suami.
Sekadar info, pada 19 September 2021, Zizi sah bergelar sebagai seorang isteri buat Yusuf dengan hanya sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.